Isnin, 5 Disember 2011

DERMA IKHLAS NOMBOR AKAUN ALWADIAH MAYBANK




RAYUAN SUMBANGAN BAGI TUJUAN PEMBINAAN ASRAMA DAN KELAS PELAJAR PEREMPUAN  DAN KOS OPERASI MAAHAD

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas (MTAQI) sedang merancang untuk membina asrama dan kelas bagi pelajar perempuan dan kos operasi maahad, bangunan yang akan didirikan ini adalah merupakan perancangan pembinaan fasa kedua.

2.         Perbelanjaan bagi kerja-kerja ini adalah dianggarkan menelan belanja sekitar         RM 350,000.00 (Ringgit Malaysia:Tiga Ratus lima puluh Ribu).  Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan dan segala sumber perbelanjaan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai.Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat kos operasi Maahad dalam sebulan sebanyak RM 15,000.00 terpaksa di tanggung maahad.

3.         Justeru itu, pihak Jawatankuasa Pembinaan Ma’ahad Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas (MTAQI) merayu kepada muslimin dan muslimat yang prihatin untuk menghulurkan serba sedikit sumbangan bagi mengisi tabung kos operasi dan pembinaan tersebut.  Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk TUNAI (melalui wakil amanah di atas), CEK (berpalang), BANK DRAF atau secara  BANK-IN  terus ke dalam akaun Bank Islam, Nombor akaun: 03-018-01-014961-6 atau akaun simpanan al-Wadiah Maybank atas nama   MAAHAD TAHFIZUL QURAN AL-IKHLAS No.akaun: 153083119539

Semoga semua usaha kita akan diberkati Allah SWT. Amin…………
Sekian, terima kasih.
Yang benar,


……………………………………………
(UST. HJ. MISWAN BIN HJ. MAT ISA)
Pengerusi,Ma’ahad Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas
Lot 3165, Kg. Wakaf Zin, Tawang,16020,
Bachok, Kelantan.  Tel no: 017-9727391 (Ust. Din)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan