Rabu, 21 Disember 2011

PEMBINAAN BANGGUNAN DARUSHIFA DAN KELAS HAFIZ




Pembinaan giat di jalankan secara gotong royong, para pelajar bertungkus lumus berkhidmat untuk menyiapkan pembinaan, sumbangan berbentuk material amat di perlukan, sila hubungi Ust Din (mudir -mahad) untuk menyalurkan sumbangan anda di no: H/S 017-9727391

Rabu, 7 Disember 2011

Isnin, 5 Disember 2011

USTAZ MAHADI

                     USTAZ MAHADI SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK MAJUKAN AGAMA

DERMA IKHLAS NOMBOR AKAUN ALWADIAH MAYBANK




RAYUAN SUMBANGAN BAGI TUJUAN PEMBINAAN ASRAMA DAN KELAS PELAJAR PEREMPUAN  DAN KOS OPERASI MAAHAD

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas (MTAQI) sedang merancang untuk membina asrama dan kelas bagi pelajar perempuan dan kos operasi maahad, bangunan yang akan didirikan ini adalah merupakan perancangan pembinaan fasa kedua.

2.         Perbelanjaan bagi kerja-kerja ini adalah dianggarkan menelan belanja sekitar         RM 350,000.00 (Ringgit Malaysia:Tiga Ratus lima puluh Ribu).  Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan dan segala sumber perbelanjaan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai.Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat kos operasi Maahad dalam sebulan sebanyak RM 15,000.00 terpaksa di tanggung maahad.

3.         Justeru itu, pihak Jawatankuasa Pembinaan Ma’ahad Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas (MTAQI) merayu kepada muslimin dan muslimat yang prihatin untuk menghulurkan serba sedikit sumbangan bagi mengisi tabung kos operasi dan pembinaan tersebut.  Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk TUNAI (melalui wakil amanah di atas), CEK (berpalang), BANK DRAF atau secara  BANK-IN  terus ke dalam akaun Bank Islam, Nombor akaun: 03-018-01-014961-6 atau akaun simpanan al-Wadiah Maybank atas nama   MAAHAD TAHFIZUL QURAN AL-IKHLAS No.akaun: 153083119539

Semoga semua usaha kita akan diberkati Allah SWT. Amin…………
Sekian, terima kasih.
Yang benar,


……………………………………………
(UST. HJ. MISWAN BIN HJ. MAT ISA)
Pengerusi,Ma’ahad Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas
Lot 3165, Kg. Wakaf Zin, Tawang,16020,
Bachok, Kelantan.  Tel no: 017-9727391 (Ust. Din)

KATIL PALING KUKUH DIBINA

Para pelajar gotong royong membina katil simen agar tahan lebih lama , sebelum ini asrama ini guna katil besi yang hanya mampu bertahan 3 bulan shj.

Ahad, 4 Disember 2011

MASJID AL-HIKMAH. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-IKHLAS

Masjid Al-hikmah tersergam indah. Kami menjemput muslimin dan muslimah bersama-sama bersolat berjemaah disini...

PEMBINANAN SUDAH BERMULA

Tiga orang tukang serta para pelajar bertungkus lumus memulakan pembinanan bermula dgn mengali lubang tapak

MARILAH MENDERMA UNTUK PEMBINAAN KELAS DAN ASRAMA PELAJAR (MAAHAD TAHFIZ)

maahad tahfiz alquran alikhlas sedang membina asrama dan kelas untuk pelajar .
maahad telah siap membina asrama dan kelas bagi pelajar lelaki serta masjid juga telah siap di bina.